Total Pageviews

Tuesday, December 28, 2010

mari kita sekolahkan indonesia go malaysia go.. ole ole ole ole......

im sooooo excited for the game to nite. wargghh... final Piala Suzuki AFF 2010. MALAYSIA VS. INDONESIA.. ole ole ole oleee.... macam nk jerit kuat2 haa.. aku ni memang minat sgt ngn bola ni, cuma nak men x pandai je. kalau tak ade je aku tubuhkan team wanita kat ipsah dulu. ahahaha... layan futsal je lah yang mampu. cess.. xpe2.. boleh jadi peminat setia segala jenis pelawanan. tapi game final ari tu aku dah rasa bahang mcm FIFA haaa.. cayalah. MALAYSIA memang power la berjaya sekolahkan indonesia.

aku punya semangat siap tukar profile pic fb lagi dengan logo ni haa...



yang pasti dan tanpa was2 nya.. aku telah terjatuh cinta ngan APEK
hahaaa... even apek muda 2 tahun dari aku. never mind la.. ala 2 tahun je pun. kan2.. bak kata org umur bukan penghalang. akakakaka...

  • KHAIRUL FAHMI CHE MAT (sedap namanya sehensem orangnya).
  • 21 TAHUN
  • orang KOTA BHARU, KELANTAN. 
  • tinggi 1.70M
  • berat 60 KG (wahhh ringannye ko ni)
  • position GOALKEEPER
  • shirt no. of coz 22.

p/s:heee... malam ni nak tengok apek puas2 (gila kejap). :) 

Friday, December 17, 2010

teramat merindukan mereka itu, tempat itu dan suasana itu


haaa... aku ni seorang yang selalu berfikir kenangan2 lama yang best time2 bosan tak keja ni....is that soo.. aku skrg memang amat2 merindui mereka itu, tempat itu, suasana itu, keadaan itu, dan perasaan itu. sebab aku tau tak dapat lagi semua itu seperti yang penah aku lalui sebelum ni. kalau aku ke situ lagi nanti perasaan yang aku alami tak kan sama lagi kerana mereka itu, tempat itu, suasana itu, perasaan itu dan keadaan itu tak sama dan kemungkinan tiada lagi disitu. (okeh sangat berbelit2kan) 

make it simple... 
  • aku merindui kawan2 ku, teman2ku, sayang2ku, yang mewakili mereka itu
  • aku merindui SP!!! cs, village mall dengan isi-isi nya..
  • aku merindui suasana susah hidup di sana, survive tak dak duit, susah senang semua dengan mereka-mereka itu,
  • aku merindui keadaan itu, abu yang gila, shahir yang blur lagi skema, nad yang blur tapi kecoh, saida yang semakin bajet ayu dan bergaya, am dan dayah yang mcm2 idea, pia yang sukakan hubungan maya, ita yang terlalu lemah lembut, wais yang memeningkan ati dan otak tapi menggembirakan, daus yang bajet cool tapi memang cool, abah yang sememangnya kelakar, macam lagi laa... (sorry x sempat nk sebut semua orang)
  • aku rindui perasaan gembira, kecewa, penat, letih, sedih, jiwa kacau, bosan, dan macam2 lagi semasa di sana. 
semua ni menjadi rencah dalam hidup aku sampai aku sebigi matang dan bersedia menghadapi macam2 kerenah dunia.. kawan-kawan aku tersayang ni semua la yang selalu membuatkan aku gembira dan sedih. diorang lah jugak tempat gaduh dan melepaskan perasaan. argghhh... i'm really2 miss u all....






22 orang yang lengkap!!



apis purak2 meniaga kat umah P.Ramlee yang tutup (tak leh nak masuk) sebab x dak benda nak buat


time menang futsal team girl 1st okeh, boys 2nd place eheee..












pssttt::mereka2 itu, suasana itu dan tempat itu yang kurindukan...

Thursday, December 16, 2010

POSTING MENJELMA......

okeh.. aku mmg sentiasa buka laman KPM tu 25jam sehari okeh... means x penah tutup laptop.. ehee... xpe2.. (bapak bayat letrik> kejam) bukan pe... aku sentiasa menunggu posting.. then.. ptg ni.. jeng3... ADE LINK TU... semakan guru sandaran siswazah terlatih!!!.. kami la tuh!!  nerves.. nak cek x leh buka.. ??


**for ur information ladies n gentlemen: wan dah call kpm> mmg tu untuk kita. YES2.. tp sila cek petang or malam ni.. sebab dia tengah kemaskinikan data untuk kita semak. sooooo.. tunggu dgn penuh sabar semua.. *(MARI BERDOA)

tahniah kepada mantan IP8C


yaaa... tahniah2 kepada semua mantan ip8c tersayang....  seperti yang telah tersurat kita semua dah tengok result masing2 kan.. ahaha.. walaupun ada sedikit cacat cela pada subjer kedua dalam list tu (semestinya subjek Dr. kesayangan kita) tapi xpa kawan2... yang penting!!! apa yang penting??? bukan kerjasama tp!!!!

ini dia....


tudiaa....we did it.. well done mate!! habis sudah semuanya.... yeayyyy
yaaa.. itu yang perlu kita banggakan... kita semua LULUS DAN DIKURNIAKAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.... cumaaaaaaa kena tggu posting jelah... ekekeke... sabar2 cik khadijah.. ianya akan menyusul x lama lagi. tahniah semua... jom p grad bulan 3/4 ni..bleh dah tu... ehee

berkira-kira untuk bergembira hujung minggu ni :)

oohhh yeahhh.... finally elaun tesis masuk akhirnya. tepat pada masanya jugak sbb aku mmg berkira-kira nak bergumbira hujung minggu ni bersama niece tersayang. cik nurul nadhirah. oleh yang demikian, leh la guna cikit (cikit jelah) duit elaun tu untuk benda yang kurang berfaedah. ehee.. aku merancang nk tengok wayang. since aku balik dr sungai petani mmg xjejak wayang lgsg. almaklumlah xdak duit katakan. ade rezeki datang bergolek mari kita gunakan (dgn penuh keceriaan).

aku jugak pasang angan2 nk men bowling (feveret ni even x terer mana) esok hari. haaa.. nak bantai 2 game sekali gus biar putus tangan baling.. ehhee.. lepas geram. 
sabtu- nak nek bus (kalau takut) / nek motor (kalau berani) nak g jitra. ehee of coz nak tengok wayang. pity me coz perlis x de cinema okeeeyyy.... xpe2.. xdelah habis duit aku sbb slalu tengok wayang kan. (positif2)
aku nak tengok citer "hantu kak limah balik rumah"
kata kawan2 aku best giler. lawak 5 bintang haa sekali kasi. wahhh.. harap2 la... jgn aku rase nak balik duit tiket sudah..


perancang lain: baki elaun nk beli baju untuk posting/kasut untuk posting/beg untuk posting n everything utk posting.. ehehe (pd hal posting pn x pasti bila akakakaakakaa)



haaiisshh.. kali ni en3 pasal kerindui yang terlalu menikam2 hati (ayat x leh blah kan?) ehee.. ni cerita betoi punya.. aku sekarang amat rindu suasana itu, keadaan itu, tempat itu, mereka itu, dan perasaan itu. dah lama aku x buat semua tu dan mungkin x buat lagi dah lepas ni. sebab suasana itu, keadaan itu, tempat itu, mereka itu dan perasaan itu tak kan sama lagi. aku rindukan kawan2 yang menggembirakan hari-hari aku. adehh sedih lak. terlalu rindukan tempat melepaskan geram, tension, tekanan, burn out, dsb. maklumlah orang selalu jiwa kacau macam aku ni. ade je masalahnya. (kdg2 saje adakan masalah, xde pasal cari pasal!).

adeh: nak upload pics then my lappy wat hal

Wednesday, December 8, 2010

tiada lagi penghibur hati

seminggu jugak kak tini balik mai sini dgn anak2 dia yang keletah 2 orang tu (iskandar n haris). ptg ni depa balik p rumah mak sebelah bang chik plak (umah mak mentua kakak aku). haaaarrrrrrgghhh... sunyi2.. pe aku nak buat nih. selalu leh bergaduh dgn iskandar. kejar dik haris yang berlari merata (baru leh jalan) yang suka sangat nak main tangga, kena buat susu kat depa dua orang tu (nak susu je cari aku bukan mak diorang..), suap nasi kat iskandar (yang makan banyak if aku yang suapkan), buaikan haris tido dan macam-macam lagi. yang sememangnya buatkan hari-hari sangat padat dan busy. takpe aku suka budak-budak. tambah-tambah yang comey dan cerdik cam diorang tu. ahahaa.. (puji anak buah sendiri).

tapi korang jangan salah faham yang aku tak sayang anak buah yang lain. untuk pengetahuan korang aku ade 11 orang anak buah (ni belum campur anak aku n adik aku <kami belom kawen :P>). mau penuh umah kalau semua balik. especially time holidays n raya. but i really miss niece and nephew from my abang sulong. dia dah lama tak balik ;( . ntah bawa hati pe ntah sampai tak mahu balik. pada hal aku selalu je suruh diorg balik coz really really miss their child. takpelah take time bro and sis. i always waiting for u to come back here like before. korang2 semua (merujuk kepada my siblings) "baliklahhhhh....... jangan biar aku sunyi sorang-sorang kat umah ni, sampai ati korang, tau la korang dah ade suami/isteri/anak2, tapi balik la jenguk adik korang yang sorang-sorang kat umah nih" haishhh...

Monday, December 6, 2010

mengerjakan gifts untuk kenduri kawen....

hadeh.. entry malam ni nak ceritakan penat lelah wat gifts untuk tetamu kenduri nanti. huuu... kenduri la plak.. gift ni untuk tetamu yang hadir. sape datang dpt la nanti. =)

kerja-kerja pembungkusan sedang dijalankan

tenaga kerja yang terlibat (tak de yang terkecuali semua orang WAJIB buat)

endar pun kena kerah tolong sekali

bangga sebab kena paksa wat kerja, nak main2 kat luar?? sory...

kena siapkan 1000 gifts... baru siap about 70% heeehhhh


kena sambung lagi jap g. kenduri next week... takpe2 rajin...sekali sekala kan :)

psssst: sory la photos tak lawa. almaklumlah cam takde. bantai guna webcam je sebab nak sangat kongsi dalam blog tersayang nih :D happy reading~~~

penat bergaduh dengan ultraman.. haishh~~

1st
oltromen sorg ni mmg susah nak layan. macam2 fi-il dia.. adeh.. penat2. seharian ni mama n abah dia kuar g pekan cari barang aku lah jaga oltromen nih.... mula2 leh tackle la bawa g jalan-jalan pergi ronda2 nek moto, pergi kedai beli keropok, bawa g umah nenek aku (moyang oltromen)

2nd part
oltromen mula bosan sebab sunyi. aku panggil lah anak sedara yang sebelah rumah tuh (aiman dan aizat). dia best la ade kawan nak lawan2... pastu dia mula hilang kawalan. berlari sane sini. adeh pening aku nk mengejar. risau kot masuk kolam ikan. kolam tanah tu bukan perasan sangat. kalau orang tak tau kewujudan kolam tu memang jatuh terus laa... dia tau plak lg datangkan masalah (budak2 lagi kita halang macam duk suruh pulak!!). aku pergi ke dia sekali pelan2. tangkap n warning "kalau endar(nama samaran yang dia bahasakan sendiri untuk diri dia) nak main dengan abang aiman n aizat jangan buas2 men dekat sini saja!! kalau tak masuk duk dalam umah ja!!" ....
 :) garang tak aku ??!! ahahaa.. kasi gertak sikit baru okeh!

3rd part
dia punya main sakan sampai abis kotor semua baju. macam ape dah haa... aku tangkap kasi mandi itu oltromen!!. pastu dia mula bosan main sbb dah time!!! hoyehhhhh aku suka!! aku akan amik kesempatan. dah time dia tuk tido sebenarnye. oltromen pun mula merengek-rengek nak "cu apaq" (lapar susu tapi dia sebut terbalik susu lapar n pelat plak). aku bancuh susu kasi dia, umpan ngan kain batik yang selalu teman dia tido. aku tepuk-tepuk sikit.. haaahhhhhhhh..... settle la.. selamat la dia melayari dunia mimpi di siang hari. ahaha.. aku leh la amik kesempatan tuh lelapkan mata kejap. finally~~~~~~

oltromen@endar yang rakus paksa adik hayis amik gambar

bajet comey la endar (memang comey pun lalalala~~)

excited

lagi excited

konon-konon penyayang la~~

Friday, December 3, 2010

my new nephew... made in sabah... (sabahan nih)

ni haaa anak sedara yg jumpa time2 cuti jer... ari tu mase balik rase kecik lagi. baru leh meniarap. balik kali ni haa.... dah leh jalan.. dah lari pn!!!!... leh sebut mama, abah, abang, adik hayis!!!(nama dia sendiri)
aku geram gila tengok dia cam nak gigit!!!


dah pandai main laptop pun!!

muka ala2 mamak sikit!! ade sideburns....:P

see!! sideburns....

mata besar! bulu mate palsu~~ letik gile (sakit ati aku tengok, jeles2!! -_-"
yang penting! dia dah faham ape orang cakap dgn dia. cepat budak kecik nih.. baru 1 tahun 2 bulan!!! cepat besar ye adik haris :)

harga minyak naik!!! aku rase macam nak naik minyak!!!

semua orang tau kenaikan harga minyak start pukul 12 malam ni kan. ni nak share dgn korang harga baru start pukul 12 malam ni.... selamat mengira duit kawan-kawan...:P


cepat-cepat pergi penuhkan  tangki minyak sebelum 12 mlm ni. ehee... esok harga lain lak...:)

tidak ku sangka kuala perlis begini jadinya...

aku baru je balik dr amik adik aku yg turun dari Langkawi. Biasa lah turun di KUALA PERLIS!!.. nape aku excited sebut tempat tu?? sebab aku telah menerima satu kejutan budaya.. ehehe.. even aku ni perlisian aku belajar kt Kedah. Then jarang-jarang la berjalan-jalan di Perlis ni, melainkan dekat-dekat dgn umah aku nih. Area Padang Besar ni celah kuku je lah... ehee...

okeh!!! stop mengaruting. nk cerita pasal Kuala Perlis je kan td. sampai kt sane biase la dh dkt2 time Sunset ramai la orang yg bertenggek tepi pantai nk tengok sunset. mahsyuk gitu. sempat gak la aku numpang tengok skali. kebetulan stop beli LOKCENG!! (makanan yg aku sendiri jarang makan, nama dia pun tak familiar, baru tau haa).

tengah menunggu gelap... suka awan tu :)

rojak sunset namanya. eehheee.....
haaaa.... ni la yang dikatakan sunset yang cantik!!! syahdu....  
okeh.... pastu sampai je dalam pekan Kuala Perlis ni aku takjub tengok HOTEL PUTRA BRASMANA. aku tau kewujudan hotel tu. tp tak penah pergi or lalu lagi. soo..... tak tau lak ade hotel yang menarik kat Perlis ni. tekad!! ade je gaji nanti nak nginap kat hotel tu (tapi umah aku sejam je dari situ, pe motifnya?? nvm lah.. ahahaha). tak de lak amik gambar hotel tu. tp sure korang leh cari je maklumat pasai hotel ni kat web kan. cer try link ni.. korang mesti rase nk tido kat sane sekali. http://www.flickr.com/photos/ramzan/2604021098/.

Pastu Kuala Perlis sekarang bermandikan cahaya lampu. jammed jugak sebab situ jadi tempat tumpuan orang makan malam. yelah ade menu ikan bakar sedap, seafood power n macam-macam lagi. sayangnya sebab ramai sangat orang kami semua decided tak makan situ. takpe next time okeh.

Thursday, December 2, 2010

wujudnya 6 sebab sukar mencari MR.RIGHT~~~

 Orang selalu tanya aku... "single lg?", "tipulah.. xkan xde pakwe kot??", "couple?", "jual mahal ke?", etc... ahahha... aku xde jawapan dowh bila di tanya direct cmtu... just senyum sumbing la... tp kali ni aku berjaya mencari sbb dia.. korang bace la sendiri... :P blueekk... hanya nk berkongsi je tau.. ni aku dpt melalui hasil2 pembacaan aku kt internet gak =)... agk menarik then aku gabung2 utk jadikan 1 panduan tuk korg (sesuai ke perkataan panduan tu? lantaklah..) bace2~~


1. lelaki baik selalunya KURANG KACAK.
2. lelaki segak dan kacak selalunya BUAYA.
3. selalunya lelaki KACAK dan BAIK HATI adalah GAY.
4. lelaki yang KACAK, BAIK HATI, BERTANGGUNGJAWAB dan BERDUIT selalunya sudah BERKAHWIN.
5. lelaki yang KURANG TAMPAN, tetapi BAIK HATI selalunya BERPOKET KOSONG.
6. kebanyakan lelaki yang TIDAK BERAPA KACAK dan BERDUIT tetapi BAIK HATI, selalu berfikir wanita hanya mahukan DUIT mereka SEMATA-MATA....

renung2kan dan selamat berfikir....

miss the good old days... miss u all crazy damn much... uhuu (siri 1)



depa2 yang amat dirindui saat ini....

ada sedikit bingkisan khas buat pismp julai05 wah3 (jiwang2 kejap)
ABU= even ang slalu bengong2 tp ang mmg power.... slalu buat semua org gelak ngn kerenah bengong ang tu.. klu abu xde sehari dlam kelas tu sunyi sepi... leh dgr cengkerik bunyi (metafore nya) aku rindu abu yg GILER...

IFA= org ckp kita cm kembar. tp hakikat dia xde la. bukan la sbb kita slalu melekat sama2 tp kimia kata org. sbb lahir tarikh yg sama saja. sbb ada kimia slalu pakai sama, ada selera yg sama, minat kdg2 sama, pendpt etc. tp klu tengok pn leh tau bukan kembar sorg besar kelingking sorg besar ibu jari =) . kathy slalu elak org ckp kita sama (xsuka tau) tp skrg katy rindu ifa KEMBAR X SEIRAS KU...

ABAH@FAIZUL= org paling tua (be long bak kata nad) tp perangai mengalahkan kami yg muda2 nih... dia punya merepek alahai... x kering gusi, gigi, lidah, bibir, tekak semua lah yg ada bahagian mulut. klu ckp mst ade unsur2 kecindan. plus dia ni bleh di katakan PENGHIBUR DI KALA LARA... ckp ngn dia leh gembirakan ati..

INA= kakak lam kelas tp orgnya kecik skali lam kelas sbb dia dh jd ina kurus =P... dia ni suka sgt tengok wyg.. klu rase nk berlibur, berpeleseran, bersendaloka carilah ina komfem anda tidak dikecewakan... + dia sgt suka wt gangguan s******l..... ahaha.. x sempat lg nk balas dndm ngn ina... tp sgt tabik spring sbb dia sgt baik dpt jaga mak dia yg sakit ngn dugaan belajar yg nth pape... cayalah INA KURUS

KAMA= mantap orgnya,... (ehehe jgn marah na..) dia ni kira admain program2 di sem2 akhir.. bnyk gak la kenangan direkacipta n dibina bila ade progrm2 yg beliau ni handle... gud job ADMIN...

WAN= nih kire kawan kesayangan gak la dulu... tp skrg dia bnyk melupakan n mengecilkan ati aku... (dgr tu wan).. but!! i still love him as my beloved friends ever... dia ni happy go lucky gak la.. pastu mulut... manis... menanam tebu di pinggir bibir kate mat saleh... dia ni hot stuff dowh.. tp dia punye minat ngn tentera kuat. dh jd cikgu pn ada lg unsur2 tu dlm diri pe lagi kawad2 CEPAT JALAN!!!... laungan dia power... tp kawan ngn mamat ni best;.... rindu KAWAN BAIK YG TELAH MEMBUAT AKU MENANGIS TERUK NIH....

DAUS= wahaha.. ni sorg lg.. adesss... PENENANG ATI. ckp ngn dia ni leh wat ati tenang... aku ade mslh klu cari dia settle utk sementara waktu.. dia punya nasihat baik punya!! thanks daus...

MIE= dia ni sorg yg talented lam seni2 ni... alah cuma dia x tunjuk sgt jer.. keje2 dia lam fotografi n grafik perghh leleh... dia ni jugak rapat ngn aku... tp dia ade kwn2 ngn sgt crazy.. ahahaa... merujuk kpd len, ella, jack n etc... family dia best... paling best lepak ngn tok dia la... hahahaa... aku doakan hidup dia BAHAGIA SELALU okeh...

memulakan hidup baru bersama blog BARU!!! Wahahaa... truja dowh

aku, saya, kami, orang yang bernama CIK Kathy rase nk buka blog baru utk melupakan blog lama yg sememangnya dilupakan terus ahaha...(ilg ingtan kejap) errkkk....

Blog lama tu aku lupe dia punya password n yg paling kejam email pn lupa n semua pn lupa.. xleh nk masuk pn.. sooo..... utk lebih kecelaruan jiwa memikirkan semula password n email lama, aku decided utk buat blog baru (haaa.. kan sng pe susah!!) zaman dah berubah, dunia dah maju~~

fi-il aku yg suka reka2 email baru n password yg ntah pape tu satu mslh besar yg semakin meruncing dlm idup aku nih.... yalah...tukar2 email segala. ubah2 password bagai.. last2 lupa( dh la igtan lemah)... adessss...



adessss.... mujur otak masih cergas sbb bleh pikiaq nk buat blog BARU (see!! sgt teruja). NEKAD nk jd blogger tegar ahaha... sbb skrg hidup sgtlah flat n boringgg... yeahhhh... NEW BLOG FROM NEW KATHY... hell yeahhhhh....